• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Alvin Goh

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Alvin Goh’ yang direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian, akan kekal dalam tahanan polis sehingga 20 Disember.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang menolak permohonan ahli perniagaan itu yang nama sebenarnya adalah Goh Leong Yeong, 32, selepas dia memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta.

“Setelah mempertimbangkan penghujahan bertulis dan otoriti yang dipohon oleh pemohon (Goh) dan responden, saya bersetuju dengan pihak responden untuk bantahan awal.

“Oleh itu, saya menolak permohonan (habeas corpus) ini,” kata Azhar dalam keputusan ringkas selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Goh memfailkan permohonan itu melalui notis usul di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Nov lepas, menamakan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat. – BERNAMA

Tags: alvin gohPOCAsindiket perjudian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati penahanan Pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan di...

Addy Kana, 2 Polis Bebas Tahanan POCA

27/04/2021
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai "Datuk Addy Kana" dan dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd