• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembah Klang Rekod Kes Tertinggi Covid-19

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kuala Lumpur menjadi lokasi tertinggi yang merekodkan kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia semalam dengan mencatatkan 475 kes.

Selain itu, Selangor turut menjadi negeri ketiga tertinggi dengan merekodkan 185 kes baharu wabak itu semalam dengan kesemuanya melibatkan jangkitan tempatan.

Menerusi kemaskini di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), terdapat pertambahan 140 kes discaj turut direkodkan di negeri ini semalam.

“Berdasarkan jumlah itu, daerah yang merekodkan kes baharu adalah melibatkan Hulu Langat (48 kes), Gombak (1 kes), Hulu Selangor (3 kes), Klang (100 kes), Kuala Langat (10 kes), Petaling (19 kes) dan Sepang (4 kes),” katanya.

Kes positif Covid-19 di Malaysia semalam terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,208 lagi kes baharu direkodkan selain tiga kematian dicatat dan tiga kluster baharu dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang menyumbang kes positif tertinggi iaitu 661 kes manakala 381 kes direkodkan di Sabah. – Sinar Harian

Tags: Covid-19koronavirusLembah Klang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd