• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Layanan Macam Mana Kita Mahu?” – Annuar Musa

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – UMNO perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Annuar Musa berkata, sesetengah individu dalam parti itu sudah lupa, UMNO parti yang kalah dan sudah jatuh.

“Kadang-kadang kita masih dalam kepompong. Kita rasakan UMNO sekarang masih macam UMNO dulu yang mana kita perlu dilayan begini dan begitu.

“Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah tetapi secara berperingkat kita bina semula kekuatan. Jika bercakap soal layanan, layanan macam mana yang kita mahu,” katanya dalam wawancara bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan anjuran UMNO Online malam ini.

Mengulas mengenai kedudukan Radzi Jidin yang dilantik sebagai menteri kanan walaupun tewas di tangan beliau pada pilihan raya umum lalu, Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi pertikaian parti kerana jawatan dalam Kabinet adalah hak prerogratif perdana menteri.

“Menteri kiri atau menteri kanan kita semua adalah anggota Kabinet. Prinsip saya, bila dah dilantik kita mesti jalankan tugas dengan sebaiknya agar nama parti terjaga. Adakah jawatan dalam Kabinet kita nak buat tawar menawar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan isu jawatan dalam Kabinet seharusnya dirunding oleh parti gabungan sebelum Kabinet dibentuk.

“Kenapa dah lepas 8 bulan baru nak reka cerita kita tidak dilayan dengan adil. Bagi saya itu cerita rekaan. Separuh daripada Kabinet adalah orang BN. Seramai 11 orang dari BN. Apa yang kita nak buat dalam kerajaan, kita boleh buat. Kenapa kita nak reka kita tak dilayan dengan baik,” soalnya.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh menegaskan, UMNO perlu melupakan luka lama dan kembali bangkit dalam usaha mengukuhkan muafakat Melayu-Islam jika mahu menawan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Memang, kita semua ada luka. Dengan PPBM pun kita ada luka. Tetapi bagi saya itu pandangan peribadi. Sekarang, formulanya sudah ada atas meja.

“Kalau kita nak memang PRU15, PAS-UMNO-PPBM mesti bersatu. Tanggungjawab UMNO sekarang ini adalah memimpin penyatuan Melayu-Islam supaya kita dapat bentuk sekuat-kuatnya penyatuan dan sekat kemaraan DAP,” katanya. – FMT

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd