• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Operasi Taska Sepanjang PKPB

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilik taska dibenar membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri masing-masing.

Menterinya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya sudah membentangkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai operasi taska sepanjang PKPB dan diluluskan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, kebenaran pengoperasian semula itu juga akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nanti.

“Justeru itu pemilik taska nanti boleh memohon dan sebaik diluluskan, ibu bapa boleh menghantar anak mereka mengikut SOP.

“SOP dikeluarkan kementerian untuk diguna pakai di semua taska di seluruh negara dan pemilik perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada JKM negeri,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Rina berkata, berdasarkan SOP itu ibu bapa diberi waktu tertentu untuk menghantar anak mereka bagi mengelak kesesakan, manakala guru taska diwajibkan memantau lebih ketat kanak-kanak di bawah jagaan mereka supaya tiada risiko penularan wabak.

Katanya, kerajaan mengambil kira aduan ibu bapa yang perlu bekerja dan memastikan ekonomi bergerak sepanjang PKPB, sebelum meluluskan pembukaan semula itu.

Beliau juga menggalakkan pihak swasta mewujudkan sistem penggiliran tugas dalam kakitangan yang berkeluarga, supaya mereka dapat menjaga anak secara bergilir jika kedua-duanya bekerja. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyarattaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd