• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bantu Hapus Hutang Peneroka Felda

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil bagi membantu golongan peneroka.

“Kerajaan juga akan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta.

Beliau berkata, ia bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah ketika ini.

“Dengan kenaikan ini, pendapatan 150 ribu pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.

“Selain itu, kenaikan elaun sara hidup kepada RM300 sebulan mulai tahun depan akan dinikmati lebih 40,000 nelayan membabitkan peruntukan sebanyak RM151 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM1.7 bilion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

Antaranya, subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.

“Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak,” katanya. – myMetro Online

Tags: hutang penerokaPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Datuk Dalang Dadah Felda

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR - 'Hantu' yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di...

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd