• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dari Awal, KKM Minta Elak Pilihan Raya – Dr Noor Hisham

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sejak dari awal lagi, melahirkan kebimbangan terhadap risiko penularan pandemik COVID-19, jika pilihan raya diadakan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan peningkatan kes dan isu yang timbul selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan di Sabah pada akhir September lalu.

“Memang KKM dari awal lagi, amat bimbang sekiranya ada pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK), PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Syor KKM dari dulu lagi, jika boleh, elakkan pilihan raya… inilah pendapat KKM.

“Kalau boleh amat penting untuk mengelakkan PRK (diadakan) supaya kita dapat mencegah penularan COVID-19 dalam negara,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak PRK sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan, berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu. – BH Online

Tags: daruratKKMpandemik COVID-19Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd