• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Cucu: Dakwaan Suspek Terbabit Ajaran Sesat Disiasat

oleh
30/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri di Setapak didapati mengalami masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, ia berdasarkan keterangan dari keluarga dan rakan suspek.

“Suspek ada mengambil ubat berhubung sakit yang dialami. Difahamkan dia ada sedikit sakit mental dan mengambil ubat.

“Namun polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Saiful Azly berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Setakat ini isteri suspek dan dua anak tirinya masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala proses bedah siasat terhadap mangsa yang berusia empat tahun masih dijalankan.

“Polis juga kini sedang menyiasat dakwaan suspek terbabit dengan ajaran sesat atau tidak,” katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak maut selepas dicampak oleh datuk tirinya yang juga warga Nigeria dari tingkat tiga sebuah apartmen di Setapak.

Kejadian pada jam 8 pagi itu mengakibatkan Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, 4, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Mangsa ditemui berlumuran darah dengan tidak berseluar sebelum disusuli dengan tindakan suspek terjun dari tingkat yang sama dalam keadaan berbogel.

Selain mangsa, tiga lagi ahli keluarga termasuk ibu, kakak dan abangnya turut cedera dalam kejadian itu. – myMetro Online

Tags: bunuh cucumasalah mentalwarga nigeria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebuh Raya CSR, KBKK Dijangka Siap 2025

Next Post

RUU Perbekalan 2021 Bagi JPM Lulus Peringkat Jawatankuasa

Related Posts

Bapa Campak Anak Dari Jejambat Alami Masalah Mental

Bapa Campak Anak Dari Jejambat Alami Masalah Mental

03/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Masalah mental dipercayai punca seorang lelaki Myanmar tergamak mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter di...

Pasangan Kekasih Warga Nigeria Dituduh Edar Kanabis

19/04/2022
0

MELAKA: Sepasang kekasih warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 620 gram kanabis...

Next Post

RUU Perbekalan 2021 Bagi JPM Lulus Peringkat Jawatankuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd