• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2021: Kerajaan Dengar Cadangan Semua Pihak

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bersifat inklusif dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat pembangkang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sudah mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2021 buat kali pertama dengan turun padang ke semua negeri dan berjumpa dengan pihak industri, wakil masyarakat, Menteri Besar dan pemimpin parti politik dari pihak menyokong Kerajaan serta pembangkang.

Katanya, beliau dimaklumkan Kementerian Kewangan sudah bertemu dengan 29 wakil parti politik yang memberikan input dan apa yang dilakukan itu menunjukkan sikap berlapang dada kerajaan.

“Tujuan Belanjawan 2021 disediakan untuk menangani masalah Covid-19, melindungi rakyat dengan kelangsungan hidup yang tidak terjejas teruk. 

“Kerajaan mendengar dan mengambil maklum semua cadangan yang mereka kemukakan. Kadang kala ada yang bertindih-tindih, bermakna ia adalah perkara yang diberi perhatian oleh banyak kumpulan,” katanya pada Wawancara Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, parti politik turut memberi beberapa cadangan yang sudah diambil kira dalam penyediaan Belanjawan 2021. 

Selain itu, beliau berkata, libat urus masih diadakan secara berterusan dengan pelbagai pihak termasuk ahli politik dalam penyediaan Belanjawan 2021.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, Belanjawan 2021 dirangka ketika Malaysia berdepan situasi krisis ekonomi dan kesihatan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan sesetengah unjuran, kerajaan berdepan prospek pengurangan hasil hampir 20 peratus atau RM40 bilion ketika peruntukan luar jangka perlu dikeluarkan untuk menangani wabak Covid-19, pada masa sama merancakkan ekonomi. 

Katanya, kerajaan terus menghadapi cabaran mengimbangi keselamatan nyawa dan kelangsungan hidup, ditambah pula dengan keperluan untuk mengimbangi dua matlamat penting iaitu mengurangkan impak jangka masa pendek dengan membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, dan melihat keperluan jangka masa panjang serta pelaburan yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara.

“Dari segi politik, saya optimis pada pokok pangkalnya, semua ahli politik komited dan akan bekerjasama untuk kebaikan negara. Kita sudah menyaksikan komitmen mereka sebelum ini, apabila tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang menentang Akta Kumpulan Wang Covid-19.

“Melihat kepada kepentingan Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak Covid-19, melindungi kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu pertumbuhan ekonomi, saya berharap ahli parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021 ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: belanjawan 2021Kerajaan PN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekali Lagi Bank Dunia Turun Unjuran Pertumbuhan Malaysia

23/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak BAGI kali kedua tahun ini, Bank Dunia telah turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia setelah kerajaan PN...

Dari Mana Kerajaan PN Dapat Dana RM600 Bilion? – Najib

06/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak POSTING saya tadi ialah jika kerajaan PN percaya bahawa bantuan RM300-500 bagi satu rumah tangga B40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd