• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Surat Polis Atau Patah Balik – KP Kelantan

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Individu yang gagal mengemukakan surat kebenaran dari balai polis atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan akan diarah berpatah balik termasuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini. 

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata arahan tegas itu adalah bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 di negeri ini.

“Dalam soal ini apa yang penting jangan pula ada pihak yang membuat alasan palsu untuk merentas negeri sehingga menyusahkan banyak pihak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Strategik Jabatan Penerangan Kelantan di sini, malam tadi.

Berkuat kuasa mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksana di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Dis depan.

Mengenai sekatan jalan raya (SJR), Shafien berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi tumpuan di empat lokasi di negeri itu iaitu dua di Pasir Puteh dan masing-masing satu di Jeli dan Gua Musang.

Katanya proses ‘penapisan’ akan dilakukan seperti pemeriksaan surat pengesahan dari balai polis selain ujian saringan dan “swab test”.

“Bermula tengah malam tadi, difahamkan negeri-negeri terlibat turut melakukan SJR setiap 24 jam. Kita sebenarnya yakin rakyat sudah memahami pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Katanya, bagi setiap SJR, polis ada memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu tujuh anggota dan pegawai polis yang ada di setiap SJR.

“Di SJR Pasir Puteh, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan memberikan bantuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantanperintah kawalan pergerakan bersyaratrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd