• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8.1 Juta Akan Terima Bantuan Prihatin Rakyat

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 ringgit.

“Sementara isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000.

Beliau berkata, kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.

Katanya, bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.

“Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH,” katanya. – myMetro Online

Tags: bantuan prihatin rakyatbelanjawan 2021Ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd