• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kluster baharu Covid-19 di Sabah, Lembah Klang, Putrajaya dan Johor, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu adalah Kluster Nahaba, Kluster Numbak, Kluster Perigi, Kluster Seri Terapi, Kluster Padang dan Kluster Harmoni.

Menurutnya, Kluster Nahaba membabitkan daerah Kota Belud di Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-35,808 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 November lalu. 

Menurutnya, saringan kontak rapat mengesan sebanyak 24 lagi kes positif Covid-19.

“Kluster Numbak membabitkan daerah Kota Kinabalu, Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-22,036 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif Covid-19,” katanya pada sidang harian Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Perigi pula membabitkan daerah Klang di Selangor yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-18,667 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 15 Oktober lalu. 

“Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 38 lagi kes positif Covid-19 yang mana semua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Kluster Seri Terapi membabitkan daerah Kepong di Kuala Lumpur dan daerah Alor Gajah di Melaka yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-36,180 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November lalu dan kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Katanya, saringan kontak rapat mengesan sebanyak 11 lagi kes positif Covid-19.

“Sementara Kluster Padang membabitkan daerah Kota Tinggi di Johor yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-39,210 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020. 

“Kluster Harmoni pula membabitkan Putrajaya yang mana kes bagi kluster ini dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja 7 November lalu. Semua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd