• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pengarah Syarikat Didakwa Cemar Sungai Kundang

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAYANG – Empat pengarah syarikat pemproses minyak sawit terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melepaskan bahan buangan ke dalam Sungai Kundang, Rawang, sekitar akhir bulan lalu.

Tertuduh Ong Seng Khek, 71; Low Sze Wai, 66; Siow Lee Chen, 66 dan Ong Chee Ming, 34, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh dengan niat bersama didakwa melepaskan bahan buangan dari premis Syarikat United Fineoleo Sdn Bhd ke dalam parit yang akan mengalir ke dalam Sungai Kundang, Rawang, tanpa lesen.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 19701, Jalan KPK 1/3, Kawasan Perindustrian Kundang, Kundang Jaya, pada 22 Oktober lalu dan didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie, menawarkan jaminan RM50,000 terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan dan pasport diserahkan ke mahkamah, serta dilarang menganggu mangsa.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam SY Ong memohon dibenarkan jaminan masing-masing RM5,000 dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh, ketika diminta hadir ke mahkamah.

“Kebanyakan mereka sudah berusia antara 60 dan 70 tahun, selain tidak berisiko melarikan diri ke luar negara,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 berserta syarat tambahan dicadangkan pendakwaan dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes. 

Sementara itu, di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, keempat-empat tertuduh dengan niat bersama didakwa membenarkan lapan imigran haram warga Myanmar, berada di dalam premis tanpa kebenaran sah di syarikat itu, jam 3 petang, pada 26 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, dibawa bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 12 bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan sama dengan Mahkamah Sesyen. – BH Online

Tags: pencemaransungai kundang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan RM85.5 Juta Kepada Jasa Terlalu Besar

Next Post

Jenazah Mohamed Sabri Selamat Dikebumikan

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Jenazah Mohamed Sabri Selamat Dikebumikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd