• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kluster Covid-19 Baharu Hari Ini

oleh
10/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat empat kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini di Sabah dan Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah Kluster Liawan, Kluster Tatahan, Kluster GK Tawau dan Kluster Kube.

Menurutnya, Kluster Liawan membabitkan Keningau di Sabah dengan kes indeks (iaitu kes ke-37,553) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November lalu dan sudah dimasukkan ke Hospital Keningau.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19 dan kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Keningau, Sabah.

“Kluster Tatahan pula membabitkan Kota Kinabalu di Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32,597) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 1 November lalu,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat Kluster Tatahan mengesan sebanyak 17 lagi kes positif Covid-19 dan semua pesakit ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Kota Kinabalu.

“Bagi Kluster GK Tawai, ia membabitkan daerah Tawau, Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12,923) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 48 lagi kes positif dan kesemua pesakit dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu Kluster Kube di Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan dikesan selepas kes indeks (iaitu kes ke 40,206) dikenal pasti positif Covid-19 pada 7 November lalu. 

“Saringan kontak rapat mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif Covid-19 di mana kesemua kes dimasukkan ke Hospital Tumpat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd