• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Dipertikai, Agong Memang Seorang Yang Adil

oleh Haris
26/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Titah itu ternyata tidak menyebelahi nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa hari lalu menghadap baginda bagi memperkenankan hasil mesyuarat khas kabinet yang antaranya mencadangkan agar darurat diisytiharkan di negara ini.

Darurat itu kononnya bagi membantu kerajaan mengendalikan penularan Covid-19 dengan lebih lancar tanpa ada gangguan politik.

Mungkin niat Muhyiddin tulus ikhlas tetapi timing atau waktu beliau membuat permintaan itu menimbulkan persoalan.

Dengan sesi Parlimen seterusnya bakal bermula tidak lama lagi dan ada belasan usul undi tidak percaya yang dibawa beberapa Ahli Parlimen pembangkang, maka wujud dakwaan Muhyiddin bertindak mahu darurat diisytiharkan bagi mengelak Parlimen bersidang.

Jika Parlimen digantung, maka hayat politik Muhyiddin dapat dipanjangkan.

Andai usul-usul persendirian itu mendapat ruang untuk dibahas dan diundi, ada kemungkinan Muhyiddin akan tewas dan usul berkenaan diterima.

Ini kerana Muhyiddin dikatakan sudah kehilangan majoriti tipis yang ada pada beliau sebelum ini apabila beberapa Ahli Parlimen di pihak kerajaan juga dikatakan sudah hilang kepercayaan ke atasnya.

Tuanku pula melihat isu dari aspek yang lebih luas dan melangkaui politik.

Baginda melihat dari segi kesejahteraan rakyat dan negara.

Apa yang paling menarik, Al-Sultan Abdullah memperlihatkan wibawa demokrasi yang jitu apabila baginda tidak membuat keputusan secara bersendirian walaupun berhak berbuat demikian, sebaliknya memilih untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain.

Bukan sahaja baginda tidak menerima secara rubber stamp atau mengikut sahaja nasihat kerajaan, malah baginda memilih untuk melakukan dengan rundingan bersama pemerintah-pemerintah yang lain.

Ini bukan kali pertama baginda bertindak demikian.

Andai diingat, ketika Tun Mahathir meletak jawatan secara tiba-tiba awal tahun ini pun, baginda mengambil pendekatan sangat adil.

Selain menasihati Tun agar jangan berbuat demikian, baginda juga selepas itu mengorbankan masa berhari-hari untuk bertemu dengan semua Ahli Parlimen dari semua parti dari seluruh negara.

Baginda tidak menjalankan hukum secara membabi buta atau memilih ikut faedah diri.

Baginda mahu tahu dan dengar sendiri siapa sokong siapa dan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Akhirnya, dengan penelitian dan keadilan yang saksama, baginda memilih Muhyiddin.

Namun, itu bukan bererti Muhyiddin mendapat sebarang keistimewaan pada baginda.

Bila Muhyiddin mahukan darurat diisytiharkan, baginda tidak menerima kata-kata Muhyiddin begitu sahaja.

Seperti mana baginda adil dan saksama ketika krisis politik awal tahun, baginda adil dan saksama kali ini juga.

Apa yang dilakukan baginda itu mungkin ada benarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim yang turut mengeluarkan satu kenyataan petang tadi.

Tengku Ismail berkata: “Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan check and balance dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah kestabilan.”

Tepat sekali, apa yang dikatakan TMJ dan apa yang dipamerkan Al-Sultan Abdullah itu sama, yakni Raja-Raja Melayu memainkan peranan semak dan imbang (check and balance).

Hasilnya kita dapat menyaksikan kestabilan masih wujud di Malaysia walaupun suhu politiknya sangat tinggi.

Kita beruntung memiliki seorang Yang Dipertuan Agong yang bijak, adil dan saksama di kala negara melalui episod demi episod politik yang tidak kunjung putus.

Tiada pilih kasih dan tiada keputusan terburu-buru serta sentiasa mengutamakan rakyat.

Tidak berpihak kepada sesiapa atau mana-mana parti politik.

Justeru itu…. Ampun Tuanku…. Dan terima kasih. – Mynewshub.TV

Tags: Al-Sultan AbdullahYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Keperluan Darurat, Berhenti Main Politik – Agong

Next Post

Sambut Baik Nasihat Agong Pastikan Kestabilan Kerajaan PN

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Sambut Baik Nasihat Agong Pastikan Kestabilan Kerajaan PN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd