• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Guan Eng, Mat Sabu Menghadap Agong Ditangguh

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohammad Sabu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  di Istana Negara yang masing-masing dijadual pada hari ini dan Rabu depan, ditangguhkan.

Dalam kenyataan kedua-dua pemimpin itu hari ini, mereka memberitahu mendapat makluman penangguhan tersebut daripada  Setiausaha Sulit Kanan baginda semalam.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 Ahli Parlimen.

Istana Negara dalam kenyataan kemudian menyatakan Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan tanpa mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Kenyataan Istana Negara juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong menitahkan Istana Negara melaksanakan sekatan pergerakan separa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mulai hari ini sehingga 27 Oktober dalam usaha membendung peningkatan kes COVID-19. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngMohamad SabuYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd