• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7 batu nautika dari Kuala Baram di sini, pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripada kapal Sapura Constructor pada 6.45 pagi melaporkan menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz.

“Sapura Constructor bergerak ke lokasi untuk mengesan kedudukan sebenar kapal Dayang Topaz yang didapati mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal manakala 125 lagi terjun ke laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tiga kapal dan sebuah bot milik APMM yang berpangkalan di Miri digerakkan ke lokasi kejadian bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Katanya, semua kru yang terjun berjaya diselamatkan kira-kira 9.29 pagi, seorang meninggal dunia dan berdasarkan maklumat awal, salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus berikutan cuaca buruk, menyebabkan pelanggaran dengan platform.

Mohd Zubil berkata MRCC Putrajaya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Petronas, Shell, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) , Jabatan Bomba dan Penyelamat, nelayan tempatan serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Brunei yang telah mengerah sebuah pesawat milik Brunei Shell Petroleum membantu operasi menyelamat.

“Aset-aset APMM seperti KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 dikerah untuk memantau operasi menyelamat,” katanya.

Menurut beliau, operasi menyelamat dijalankan dalam keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah empat meter. – BERNAMA

Tags: kapal karamkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd