• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Anwar Batalkan Saman Sabitan Liwat 11 Januari

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari tahun depan.

Saman pemula itu berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya.

Peguamnya, J. Leela berkata, tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.

“Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.

Pada 21 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan Presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu telah memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lalu atas alasan bahawa, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Februari tahun ini.

Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkes liwat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Pengangguran Belia Terus Berkurangan

Next Post

Alhamdulillah, Dr Zulkifli Sudah Keluar Wad

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Alhamdulillah, Dr Zulkifli Sudah Keluar Wad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd