• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja-Raja Melayu Adakan Pertemuan Esok

oleh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan khas esok di Istana Negara bagi membincangkan mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kepada Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Abdulaziz, Kuantan, semalam.

Menurut sumber Yang di-Pertuan Agong masih berada, di Kuantan Pahang setakat pagi tadi.

Pertemuan Raja-Raja Melayu esok dijangka memperincikan segala cadangan dibawa kerajaan semalam termasuk kemungkinan untuk melaksana pengisytiharan darurat atau prorog Parlimen.

Berdasarkan gambar yang tular sejak semalam, selain Muhyiddin, beberapa menteri Kabinet juga kelihatan mengiringi beliau mengadap Agong, selain Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Muhyiddin.

Spekulasi mengenai darurat dan prorog parlimen bertiup kencang sejak semalam sebaik selesai mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi semalam.

Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet itu dan sehingga kini belum ada pengumuman rasmi dari kerajaan berkenaan hasil mesyuarat terbabit berlangsung selama tiga jam itu.

Situasi itu membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat dan netizen di media sosial termasuk keperluan mengadakan darurat dan bentuk-bentuk darurat dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini. – BH Online

Tags: daruratIstana NegaraRaja-Raja Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

10/05/2025
0

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd