• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Pencemaran Bau Di 2 Loji Rawatan Air

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran bau di dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, dekat sini, sehingga ia terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata PDRM akan memberi laluan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti pihak yang akan dikenakan tindakan ekoran insiden itu.

“Dua loji yang terpaksa dihenti tugas itu memang berada di kawasan Selangor tetapi berdasarkan siasatan awal punca pencemaran di LRA terbabit berlaku di Negeri Sembilan.

“Pencemaran berlaku bermula dari kawasan hulu sungai itu (Sungai Semenyih) sehingga ke LRA berkenaan maka kami akan melihat dahulu siapa yang benar-benar bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya jika terbukti punca pencemaran berlaku di Negeri Sembilan maka polis kontinjen negeri berkenaan akan menubuhkan pasukan khas bagi menangani insiden yang memberi kesan terhadap 309,687 akaun pengguna di Selangor iaitu di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Mengulas mengenai sama ada polis ada membuat rondaan dan pengawasan di LRA atau empangan, beliau berkata pihaknya tidak meningkatkan rondaan dan pengawasan di kawasan LRA atau empangan.

“Ini kerana kemudahan (LRA dan empangan) berkenaan memiliki penguat kuasa sendiri selain punca pencemaran insiden semalam tidak berlaku di LRA atau empangan,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi dua LRA berkenaan dihentikan sejak 4.30 petang itu disyaki berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan dan aktiviti pencucian secara besar-besaran yang sedang dijalankan di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, Negeri Sembilan.

Berikutan itu, pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan terjejas tidak dapat ditentukan sehingga pagi ini dengan dua LRA itu masih belum beroperasi sepenuhnya setakat 12.30 tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: pencemaran bausungai langatsungai semenyih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

09/09/2024
0

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia. IKUTI CHANNEL...

Aliran Berwarna Putih, Berbau Dikesan Di Sungai Langat

11/06/2022
0

Shah Alam : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd