• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Ahli Politik Terbabit ‘Cuci Duit’

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pembabitan ahli politik di dalam sindiket ‘cuci duit’ yang dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak mengesan pembabitan ahli politik.

“Polis akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh, jika ada tindakan akan diambil,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. 

Berhubung tangkapan terhadap tiga lelaki yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, beliau berkata, polis akan membuat permohonan bagi melanjutkan reman selama 38 hari terhadap mereka.

Menurutnya, pihaknya giat mengesan lokasi persembunyian suspek Goh Leong Yeong @ Alvin yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Semalam kita ada membuat tangkapan ke atas seorang lelaki di Lembah Klang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek yang melarikan diri,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan segelintir individu disyaki terbabit dalam Macau Scam dan perjudian dalam talian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan bagi mencuci duit. 

Ia susulan tangkapan lima individu termasuk Datuk pada 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas seorang selebriti terkenal dipanggil untuk dirakam percakapan.

SPRM juga menahan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Tags: ahli politikArtiscuci duit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

13/10/2024
0

Kuala Lumpur : Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah...

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

01/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd