• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Pencemaran Sungai Selangor

oleh
20/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata siasatan oleh pihak polis sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku.

“Proses ini memakan masa dan memerlukan bantuan pakar dan forensik. Kami sedang menyiasat dengan bantuan LUAS dan JAS untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

“Tindakan tegas dari sudut undang-undang akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dilaporkan berkata Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah pada pukul 2 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal pihak berkuasa mendapati bahan pelarut (solvent) merupakan bahan punca kepada pencemaran bau awal pagi tadi yang sama dengan kejadian pada awal September lepas, bagaimanapun punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan.

Jelasnya, beberapa kawasan kilang dikenal pasti menjadi punca pencemaran berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahan pelarut itu dibuang oleh kilang-kilang haram yang beroperasi di sekitar Selangor.

Awal pagi semalam, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah. – BERNAMA

Tags: pencemaran bausungai selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

09/09/2024
0

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia. IKUTI CHANNEL...

Gangguan Air Di Selangor, Putrajaya Pulih Sepenuhnya Jumaat Ini

01/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekalan air bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd