• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai Selangor: Reman 8 Lelaki Disambung

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman terhadap lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan berhubung kes pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dilanjut enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.

 Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan mengeluarkan perintah itu ke atas kesemua suspek lelaki berumur dalam lingkungan 28 hingga 66 tahun  selepas membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 3 Nov ini.

Mereka sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari mulai 22 Oktober untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding reman terhadap semua suspek yang memakai baju lokap polis berwarna oren dan ungu serta seorang berkemeja lengan pendek itu bermula pukul 9.30 pagi dan selesai 10.20 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 pagi 19 Okt lepas, menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 TON (ukuran kadar bau).

Media sebelum ini melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. – BERNAMA

Tags: pencemaransungai selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd