• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai Selangor: 8 Lelaki Direman 7 Hari

oleh
22/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Oktober, berhubung pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Perintah reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek berusia antara 28 hingga 66 tahun oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka selama tujuh hari.

Mereka yang ditahan reman itu ialah seorang pengarah syarikat berusia 31 tahun dan bapanya yang berusia 62 tahun, serta enam pekerja terdiri daripada dua warga tempatan serta empat warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat, dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding reman kelapan-lapan suspek  bermula pukul 9.30 pagi itu  selesai 9.50 pagi.

Kesemua mereka yang memakai baju lokap polis berwarna oren dan ungu itu, tiba di Kompleks Mahkamah Selayang pada 9 pagi ini, selepas ditahan 11.30 pagi semalam di Rawang, Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 pagi Isnin lepas, menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.

Media sebelum ini melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun, merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. – BERNAMA

Tags: pencemaransungai selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah Malaysia Akan Pertimbang Undi Pos Semasa COVID-19

Next Post

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh Suami Buta

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh Suami Buta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd