• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Dunia Kutuk Insiden Pembunuhan Di Nice

oleh
30/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pemimpin dunia mengutuk insiden pembunuhan di Nice, semalam, yang disifatkan Perancis sebagai serangan pengganas Islam.

Mereka yang mengecam termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, selain pemimpin Eropah, Arab serta Israel.

“Serangan pengganas Islam radikal ini mesti dihentikan segera. Tiada negara, sama ada Perancis mahupun yang lain, boleh terus berdepan kejadian sebegini!” kata Trump menerusi Twitter.

Antara yang terawal mengutuk insiden berkenaan ialah Turki, meskipun bertelagah dengan Perancis berikutan negara itu membenarkan penerbitan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan serangan terhadap rakyat Perancis.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan di dalam gereja Notre-Dame di Nice, hari ini (semalam),” kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

Turki sekali gus menzahirkan solidariti bersama Perancis, dan mengucapkan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang maut dalam serangan terbabit.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, turut mengutuk serangan itu dan pada masa sama, menegaskan bahawa ‘keamanan tidak boleh dicapai dengan provokasi yang buruk’.

Di Asia Barat, pemimpin Arab dan Islam menegaskan perbezaan jelas antara agama Islam dengan tindakan ganas yang kononnya bagi mempertahankan agama berkenaan.

Kementerian Luar Mesir berkata, kerajaan dan rakyat negara itu berdiri bersama Perancis dalam usaha memerangi insiden kebencian terbabit.

Qatar tidak ketinggalan mengutuk keras kejadian berkenaan dan mengulangi pendirian negara itu yang menolak keganasan, khususnya di rumah ibadat, tanpa mengira motif.

Kementerian Luar Qatar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, pula menggesa umat Islam supaya ‘menolak tindakan jenayah itu yang tiada kaitan dengan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.’ – Agensi

Tags: islampengganasPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd