• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kecam Charlie Hebdo Terbit Semula Karikatur Rasulullah

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam tindakan akhbar mingguan Satira Perancis, Charlie Hebdo yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam di negara ini menulis surat kepada Kedutaan Perancis berhubung hal berkenaan. 

Menerusi surat itu, Zulkifli turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan akhbar berkenaan, namun turut menyatakan, sebagai umat Islam, pihaknya tidak akan membalas dendam dengan cara sama dilakukan oleh akhbar itu kerana menganggap ia sebagai tidak hormat terhadap orang lain. 

“Sukar untuk mempercayai dunia moden ini, ada antaranya masih belum mengetahui mengenai pentingnya hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Islam juga bukanlah satu agama asing di Perancis. 

“Perancis antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. 

“Semoga peristiwa ini memberi pengertian yang besar serta meneruskan hubungan erat antara Malaysia dan Perancis,” katanya menerusi surat yang dihantar kepada Duta Perancis di Malaysia, hari ini. 

Selain surat berkenaan, Zulkifli turut menyerahkan salinan buku al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad), iaitu buku biografi kenabian diterjemahkan dalam bahasa Inggeris kepada kedutaan berkenaan. 

“Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang Terutama, pada bulan suci Rabiul Awal ini, ia adalah waktu yang tepat untuk mendapatkan salinan buku mengenai biografi kenabian (sirah) dan belajar mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW, tingkah laku dan watak-wataknya yang indah. 

“Anda hanya boleh benar-benar mencintai seseorang jika anda tahu siapa dia. Kita sebagai umat Islam tidak akan membalas dendam kartun yang provokatif dengan cara sama.

“Yang terbaik di antara kamu orang tidak menyakiti orang lain dengan lidah dan tangannya,” katanya. – BH Online

Tags: Charlie HebdokarikaturNabi Muhammad SAW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menelusuri Sirah Rasulullah SAW

21/10/2021
0

SIRAH memaparkan kisah suka duka perjalanan Rasulullah SAW sejak detik kelahiran hingga kewafatan Baginda, tentunya mempengaruhi emosi pembaca menghayati setiap...

Sirah Dan Sejarah Nabi Muhammad SAW

20/10/2021
1

NABI Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Makkah. Bapa baginda bernama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd