• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Nafi Lulus Pinjaman Untuk Syarikat Penerbangan

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan kewangan kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas operasi serta kewangannya disebabkan pandemik COVID-19.

“Kerajaan atau kementerian tidak pernah memberikan suntikan dana atau jaminan seperti yang dilaporkan media sebelum ini,” kata jurucakap Kementerian Kewangan.

Memetik laporan Nikkei Asia, AirAsia Group Bhd dikatakan memperoleh suntikan dana melalui pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan.

Laporan yang memetik sumber kementerian dan syarikat penerbangan itu berkata, kerajaan sudah pun meluluskan pinjaman berkenaan.

Pinjaman itu, kata sumber, akan diberikan oleh beberapa bank tempatan di bawah skim kerajaan untuk membantu syarikat itu menangani wabak dan akan dijamin 80 peratus oleh Kementerian Kewangan.

“RM1 bilion itu dianggap sangat penting bagi AirAsia, untuk digunakan bagi pembayaran pinjaman jangka pendek dan dana modal kerja. Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan hadapan,” kata sumber berkenaan.

AirAsia sebelum ini dilaporkan akan melaksanakan pembuangan pekerja bulan depan jika keadaan kewangannya masih mencatatkan penurunan, selepas mengurangkan lebih 10 peratus tenaga kerjanya serta merancang untuk mengurangkan bilangan pesawat.

Bagi tempoh enam bulan pertama 2020, AirAsia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.8 bilion manakala pendapatan turun lebih separuh hingga RM2.43 bilion daripada RM5.65 bilion tempoh sama tahun lalu.

Kementerian Kewangan sebelum ini dalam beberapa laporan menyatakan tidak akan memberi bantuan kepada syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd. 

Syarikat penerbangan itu, yang berhadapan dengan penurunan operasi serta kewangan sejak bencana udara berkembar pada 2014, menerima suntikan AS$1.5 bilion pada tahun itu untuk rancangan pemulihan lima tahun, tetapi setakat ini ditolak sebarang bantuan kewangan langsung dari kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minggu lalu menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam pengendalian syarikat itu, sebaliknya Khazanah Nasional Bhd sebagai pemilik Malaysia Airlines harus memutuskan sendiri tindakan yang perlu. – BH Online

Tags: AirAsiakementerian kewanganpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd