• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemuka Permohonan Baharu BPN 2.0 Secara Dalam Talian

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dalam talian lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

“Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/  bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September lepas mengumumkan BPN 2.0 dengan jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang. 

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari depan. – BERNAMA

Tags: bantuan prihatin nasionalBPN 2.0LHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd