• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri, 2 Polis Direman Di Bawah POCA

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan dua anggota polis direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bagi membantu siasatan berhubung kes judi.

Perintah reman selama 21 hari yang bermula hari ini sehingga 3 November depan itu dikeluarkan terhadap ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 dan 39 tahun, oleh Majistret S Mageswary mengikut Akta pencegahan jenayah POCA Seksyen 4 (1)(a) 1959. 

Terdahulu peguam Loi Yap Loong dan Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili ketiga-tiga suspek memohon mahkamah membenarkan anak guamnya ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. 

Permohonan itu dibuat atas alasan masalah kesihatan termasuk memudahkan proses siasatan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin, tidak membantah permohonan itu.

Sebelum ini, media melaporkan tiga individu termasuk dua anggota polis yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditahan semula bagi membantu siasatan kes perjudian di Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian. 

Pada 3 Oktober lalu, seorang individu bergelar Datuk Seri dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Selain suspek, tiga ahli perniagaan direman berkaitan kes sama selepas lima individu bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM. – BH Online

Tags: kes judiMacau ScamPOCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd