• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cecair Pelarut Punca 4 LRA Dihenti Tugas

oleh
19/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Siasatan awal mendapati punca pencemaran bau yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas pagi tadi dipercayai daripada cecair pelarut (solvent).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Air Selangor Sdn Bhd sudah menghantar sampel ke makmal bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran terbabit.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan di beberapa lokasi lain bagi mengenal pasti punca pencemaran.

“Kita mengenal pasti kawasan pencemaran berlaku di kawasan baharu dan bukan lokasi sama seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di LRA Sungai Selangor 2, Bestari Jaya di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, pencemaran bau yang berlaku kali ini lebih rendah iaitu tiga ton berbanding di Sungai Langat yang mencecah angka maksimum sembilan ton.

“Kita menjangkakan bekalan air pulih dalam tempoh 24 jam dari sekarang dan disalurkan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melepaskan HORAS 600 sebanyak 285 Juta Liter Sehari(JLH) dan mengepam air kolam alternatif (OPAK) sebanyak 336 JLH untuk meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Loji Rawatan Airpencemaran bausungai selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

09/09/2024
0

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia. IKUTI CHANNEL...

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

30/05/2023
0

KUALA LANGAT: Selangor dijangka berupaya menghasilkan 8,765 juta liter air sehari (JLH) menjelang 2030 melalui lebih 30 Loji Rawatan Air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd