• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BPN 2.0 Fasa Pertama Dibayar Lebih Awal

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa pertama dimulakan secara berperingkat bermula 19 Oktober lalu membabitkan 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.

Kementerian Kewangan menerusi soalan lazim menjelaskan pembayaran dimulakan lebih awal daripada tarikh yang disasarkan iaitu 26 Oktober ini memandangkan ramai penerima bantuan.

Ini sekali gus menjawab perkongsian beberapa netizen bahawa mereka sudah menerima bayaran bantuan itu pada minggu ini, lebih awal daripada tarikh yang diumumkan kementerian sebelum ini.

“Ini adalah hasil usaha pegawai-pegawai kementerian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan institusi kewangan yang memastikan agar sistem pembiayaan tersedia secepat mungkin demi membantu kesemua 10.6 juta penerima BPN 2.0 dalam fasa pertama ini. 

“Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40,” katanya.

Katanya lagi, pembayaran sudah pun bermula pada 19 Oktober membabitkan 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang. 

“Bagi golongan M40, pembayaran telah bermula semalam membabitkan 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang. 

“Memandangkan jumlah besar penerima, proses pengkreditan bayaran BPN 2.0 akan berterusan dan dijangka diselesaikan sebelum hujung bulan ini,” katanya.

Mana-mana penerima yang bantuan mereka gagal dikredit akan dapat menuntut bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Memandangkan beberapa negeri sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP), seperti sebelum ini.

“Ingin diingatkan juga bahawa tempoh permohonan baharu untuk BPN2.0 masih dibuka sehingga 15 November ini,” katanya. – BH Online

Tags: bantuan prihatin nasionalBPN 2.0
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FDA AS Lulus Remdesivir Untuk Rawatan Covid-19

Next Post

Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Didakwa Lagi

Related Posts

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Bekas Perdana Menteri,...

BPN Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah Negara

29/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar...

Next Post

Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Didakwa Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd