• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Rogol ADUN Tronoh Bermula 21 Disember

oleh
19/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 21 Disember depan untuk perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh berkenaan berikutan dua lagi peguam yang mewakili Yong iaitu Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir menghadapi kekangan untuk menghadiri perbicaraan yang dijadualkan hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Pada prosiding hari ini, Yong diwakili peguam Farhan Sapian dan Surindar Singh manakala pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Perak, Azhar Mokhtar.

Norashima turut menetapkan 20 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Farhan ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya sedang menunggu Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh perbicaraan yang baharu berhubung rayuan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi memandangkan perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada Rabu lepas tidak dapat dijalankan kerana PKPB.

Pada 23 Ogos 2019, Yong yang ketika itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya, di kediamannya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogolnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi sebelum pasukan pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada keesokannya. – BERNAMA

Tags: ADUN Tronohpaul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

27/07/2022
0

IPOH : Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul...

Kes Rogol: Nasib ADUN Tronoh Diketahui 29 Jun Ini

17/05/2022
0

IPOH – Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atau dibebaskan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd