• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banci 2020 Dijadualkan Semula

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia menjadualkan semula Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang sepatutnya bermula pada 7 hingga 24 Oktober ini kepada 20 Januari sehingga 6 Februari 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penjadualan semula itu berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.

“Fasa Kedua banci (secara bersemuka) yang akan bermula pada 7 sehingga 24 Oktober ini dijadualkan semula kepada 20 Januari sehingga 6 Februari 2021.

“Pembancian dalam talian (e-census dan computer assisted telephone interview) yang sudah berakhir pada 30 September lalu akan disambung semula pada 7 Oktober sehingga 21 Disember depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh ini, orang ramai yang belum melengkapkan atau mengisi borang bancian digesa supaya melakukannya melalui laman https://www.mycensus.gov.my/.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan pertemuan bersemuka yang akan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19.

“Akta Banci 1960 (disemak 1969) mengkehendaki orang ramai untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci,” katanya.

Katanya, data penduduk dan perumahan amat penting untuk Kerajaan merangka dasar bagi kesejahteraan negara. Ini bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat menepati kumpulan sasar dan tiada yang tercicir. – BH Online

Tags: Banci 2020Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd