• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Umum Penutupan AirAsia Japan Co Ltd

oleh Sifulan
06/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya keputusan itu diambil berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik Covid-19.

“Kami akan membuat pengumuman lebih lanjut jika perlu mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Kumpulan itu mempunyai 66.91 peratus kepentingan ekuiti dalam AirAsia Japan dengan hak mengundi sebanyak 33 peratus.

Pengarah Perwakilan dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Japan, Jun Aida, berkata di sebalik usaha yang berterusan untuk mengekalkan operasi melalui inisiatif pengurangan kos, syarikat memutuskan bahawa ia amat mencabar untuk meneruskan operasi tanpa sebarang kepastian mengenai pemulihan selepas pandemik.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pelanggan kami yang setia dan pihak berkepentingan yang telah menyokong kami selama ini. Keputusan sukar untuk menghentikan operasi ini diambil bukan secara tergesa-gesa atau diambil ringan. Ia telah dipersetujui selepas melakukan kajian perniagaan secara menyeluruh.

“Langkah lanjut kepada keputusan ini akan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan termasuk Akta Aeronautik Awam Jepun. Kami telah membatalkan semua penerbangan. Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui e-mel dengan maklumat lanjut dalam masa tujuh hari akan datang,” katanya dalam kenyataan.

AirAsia Japan berkata penutupan itu hanya menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh AirAsia Japan di Jepun dengan kod surat DJ dan tidak menjejaskan penerbangan lain ke dan keluar dari Jepun yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia.

“Perkhidmatan antarabangsa ke Jepun, dari Malaysia, Thailand dan Filipina akan disambung semula pada masa depan selepas sekatan perjalanan ditarik balik dan sempadan dengan Jepun dibuka semula,” katanya.

Sejak penubuhannya pada Julai 2014, syarikat itu berkata pihaknya telah menjalankan penerbangan domestik dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, terletak di luar Nagoya.

“Sekatan perjalanan dan keadaan yang tidak menentu menjejaskan permintaan untuk perjalanan perniagaan dan percutian menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan.

“Faktor ini telah memberi impak kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi,” katanya.

Pada Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu sedang menilai semua opsyen termasuk langkah menutup operasinya di Jepun.

“Kami perlu melihat pelbagai kemungkinan termasuk menutup operasi. Kami belum mencapai sebarang keputusan mengenainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd