• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Larangan KKM Jika Pilihan Raya Diadakan

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan tiga larangan yang perlu diberi perhatian dan perlu dilaksanakan jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, bagi mengawal penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah larangan rentas sempadan atau pulang ke kampung; tidak boleh berkempen rumah ke rumah serta tidak boleh mengadakan perhimpunan beramai-ramai.

“KKM menyarankan sebaik-baiknya pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat tetapi jika diadakan perlu mematuhi tiga larangan berkenaan,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini. 

Dr Noor Hisham berkata, ia berikutan keadaan jangkitan COVID-19 di Sabah ketika ini membimbangkan terutama dengan isu logistik yang perlu dihadapi KKM dalam melawan pandemik itu di negeri berkenaan.

“Kita bimbang jika ada pilihan raya di masa hadapan jadi kita mengesyorkan supaya ia tidak perlu diadakan. Namun, jika ia perlu dilaksanakan, mungkin boleh melihat cara lain untuk menjalankan pilihan raya itu.

“Ini lah tiga perkara yang kami perlu bincangkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kemungkinan untuk menggunakan kaedah undi pos. Bagi kami, KKM hanya boleh memberikan cadangan.

“Jika ia tidak boleh dielakkan, dan perlu dijalankan, kita perlu melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk melaksanakannya dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting ialah pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan ketika proses pilihan raya dijalankan.

Beliau berpendapat, ada pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada akhir September lalu dan pihaknya berharap supaya ia tidak perlu diulangi di negeri lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh PRK Parlimen, Batu Sapi, manakala 23 November sebagai tarikh penamaan calon manakala 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 4 Disember.

Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 13 Oktober dan 19 November 2020.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu.

Vui Keong, 60, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN itu berasal dari Kota Belud dan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan majoriti 4,619 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, Datin Linda Tsen (BN). – BH Online

Tags: KKMPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd