• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

184 Negara Dan Ekonomi Sertai Covax – WHO

oleh
20/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah Covax, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“Covax mewakili portfolio terbesar vaksin Covid-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya, Isnin.

“Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah Covax, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin Covid- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama, Tedros berkata, pandemik Covid-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.”

Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik Covid-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin. 

Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA

Tags: Covaxvaksin covid-19who
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Sampai Rakyat Bencikan Ahli Politik – Mufti Perlis

Next Post

30 Juta Rakyat AS Mengundi, 5 Kali Ganda Banding 2016

Related Posts

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

WHO Mahu Akses Terhadap Ujian Diagnostik Mpox Dipercepat, Diperluas

WHO Mahu Akses Terhadap Ujian Diagnostik Mpox Dipercepat, Diperluas

30/08/2024
0

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta syarikat pengeluar berkaitan supaya mengemukakan produk perubatan masing-masing untuk semakan kecemasan, bertujuan mempercepatkan...

Next Post

30 Juta Rakyat AS Mengundi, 5 Kali Ganda Banding 2016

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd