• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempahan Proton X50 Dibuka Esok

oleh
15/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – PROTON Holdings Bhd (PROTON) akhirnya memperkenalkan secara rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, PROTON X50 kepada media hari ini.

Ia sekali gus mengakhiri penantian rakyat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat SUV kedua PROTON itu yang mana ia akan dipamerkan di bilik pameran terpilih bermula Sabtu ini.

Pelanggan yang berminat boleh segera membuat tempahan dengan bayaran tempahan hanya RM500 bermula esok di mana-mana cawangan pengedar PROTON di seluruh negara.

PROTON X50 dipercayai mampu memberikan saingan sengit kepada SUV lain dalam kategori segmen B terutamanya tawaran harga jualan yang dijangkakan amat kompetitif.

Biarpun harga rasminya masih belum didedahkan kepada umum, namun telah tular dimedia sosial bahawa SUV itu mungkin ditawarkan pada harga bermula kurang daripada RM80,000.

Proton X50 didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan mempunyai enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Bagi tiga varian pertama,setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.

Model berkenaan juga didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim.

Antara ciri baharu menarik lain yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link. – BH Online

Tags: Proton X50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proton X50 Dilancarkan, Harga Bermula RM79,200

27/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Proton X50 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd