• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sugu Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Cederakan Pavithra

oleh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas pekerja ladang M. Sugu daripada tuduhan mencederakan isterinya yang juga YouTuber (penggiat YouTube) masakan S. Pavithra pada 21 Julai lalu.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi berikutan Pavithra mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan semasa prosiding itu hari ini.

Terdahulu, peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi yang mewakili tertuduh memohon mahkamah melepas dan membebaskan Sugu kerana saksi utama iaitu pengadu kes itu memaklumkan tidak akan meneruskan kes tersebut.

Bagaimanapun, Liyana Zawani memohon mahkamah untuk melepas tanpa dibebaskan tertuduh daripada pertuduhan, mengambil kira kemungkinan pihak pendakwaan mempunyai keperluan atau sebab yang kukuh untuk menuduh semula kes berkenaan.

Sugu, 29, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, pihak pembelaan memberitahu akan menghantar surat permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula status kes dan meneliti semula pertuduhan terhadap Sugu.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes untuk jawapan representasi. – BERNAMA

Tags: m sugus pavithra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

08/09/2020
0

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima surat rasmi daripada YouTuber masakan, S.Pavithra...

Sugu Pavithra Buat Kemunculan Semula Petang Ini

27/07/2020
0

IPOH - Peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' boleh melihat semula kemunculan pasangan itu menerusi saluran mereka, selewat-lewatnya pada petang ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd