• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Akui Zahidi Lakukan Kesilapan Isu Veveonah

oleh
04/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui tindakan timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin adalah satu kesilapan.

Ia berhubung kenyataan Zahidi pada perbahasan di Dewan Negara bahawa remaja dari Pitas, Sabah, Veveonah Mosibin tidak menjalani peperiksaan ketika mencari capaian internet di atas pokok yang kisahnya tular baru-baru ini.

Menurutnya, Zahidi akan memperbetulkan kenyataan yang telah tercatat di dalam hansard itu apabila hadir ke Dewan Negara.

“Pada saya itu adalah satu kesilapan dan beliau telah pun memohon maaf,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Tanjak Merdeka di kementeriannya di sini hari ini.

Pada perbahasan itu, Zahidi yang menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin menyifatkan rakaman video Veveonah sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTube.

Beberapa jam selepas itu, Ahli Parlimen Padang Besar berkenaan memohon maaf terhadap Veveonah dan memberitahu beliau mendapat maklumat tidak tepat berhubung perkara tersebut.

Pada perkembangan sama, Saifuddin berkata, kerajaan sedang merancakkan migrasi rangkaian 2G dan 3G kepada 5G di kawasan luar bandar seluruh negara termasuk Sabah.

“Ia merangkumi dua fasa dan kita sedang pertingkatkannya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: internetSaifuddin Abdullahveveonah mosibinzahidi zainul abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd