• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima Laporan Terhadap Kenyataan Mohamaddin

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi yang mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu ‘sandiwara’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan berkenaan dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas menteri itu.

“Kita akan siasat laporan polis itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohamaddin yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam ucapannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru – baru ini berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan ‘perang’ dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihan raya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya semasa kempen ceramah berkenaan.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Hazani berkata, pihaknya akan menghalang kemasukan berkenaan supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta ketenteraman dan keselamatan kita terjamin.

Seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

Tragedi pencerobohan itu membawa kepada penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada 1 April 2013 yang antara lain berperanan menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).

Kawasan ESSzone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – Sinar Harian

Tags: Mohamaddin Ketapipencerobohan lahad datu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Warisan, Mohamaddin Tinggalkan Bersatu Pula

Selepas Warisan, Mohamaddin Tinggalkan Bersatu Pula

28/06/2022
0

Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang juga Adun Segama hari ini mengumumkan tindakannya keluar dari Bersatu. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Mohamaddin Ketapi Tinggalkan Warisan

02/11/2021
0

KOTA KINABALU - Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi bergolak apabila salah seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd