• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGK Baharu Diperkenalkan Dalam RMK-12

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu akan diperkenalkan tahun hadapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) supaya pendekatan membasmi kemiskinan lebih bersasar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Menangani masalah kemiskinan dengan lebih berkesan adalah salah satu agenda utama dalam RMK-12,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) -Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan menangani kelemahan dalam normal baharu di sini hari ini.

Pada Julai lepas, Malaysia menyemak semula had PGK kepada RM2,208 berbanding kadar RM980 yang telah diguna pakai sejak 2005.

Mustapa berkata PGK pada RM2,208 pada masa ini adalah mengikut negeri, bandar dan luar bandar, namun pendekatan bersasar dan lebih fokus diperlukan supaya masalah kemiskinan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Yang penting kita lebih berfokus, umpamanya (sekarang) kita ada B1, B2, B3 dan B4. Dulu B40 satu kategori, sekarang kita ada empat komponen,” katanya.

Beliau berkata kerajaan kini dalam proses sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh untuk mendapatkan pandangan bagi mengkaji PGK. – BERNAMA 

Tags: pendapatan garis kemiskinanRMK-12
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

19/08/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta...

Sik Jadi Lokaliti Pertama Projek Rintis Basmi Kemiskinan Tegar

09/11/2021
0

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd