• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Halang Kerajaan Batal Projek KVDT2 Ditolak

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan sebuah syarikat kontraktor untuk mendapatkan perintah sementara menghalang kerajaan membatal atau menamatkan kontraknya bagi projek menaik taraf kemudahan infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) sementara menunggu pelupusan saman utama dalam kes itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aliza Sulaiman menolak permohonan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, yang menamakan Kerajaan dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai responden, selepas memutuskan bahawa mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini iaitu perintah injunksi tidak boleh dikeluarkan terhadap kerajaan serta penjawat awam (bagi menghalang mereka daripada melakukan tugas awam).

“Saya cenderung untuk mengikuti keputusan itu dan tidak membenarkan perintah sementara dikenakan ke atas kerajaan dan penjawat awam, oleh yang demikian, permohonan ini ditolak dengan kos sebanyak RM10,000,” katanya.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Dhaya Maju LTAT, kemudian memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Projek itu menerima kritikan hebat selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini termasuk projek KVDT2 yang dianugerah kepada Dhaya Maju LTAT bernilai RM4.475 bilion.

Pada 28 Ogos, Wee dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian itu akan membuka semula tender bagi projek KVDT2 selepas mengambil kira hasil kajian menyeluruh dan siasatan yang mendapati kos projek itu di bawah Dhaya Maju-LTAT adalah terlalu mahal semasa pentadbiran PH. 

Terdahulu, Abraham berhujah kenyataan Wee telah memberikan gambaran bahawa kontrak itu akan ditamatkan.

“Kami tidak berniat untuk menghalang kerajaan dan menteri melaksanakan tugasan awam mereka, kes di hadapan mahkamah hari ini adalah bersifat kontraktual semata-mata dan kami berhasrat untuk mengekalkan status quo,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron pula berhujah bahawa projek itu membabitkan wang berjumlah berbilion ringgit dan ia tidak boleh diputuskan melalui satu kenyataan akhbar. – BERNAMA

Tags: KVDT2pakatan harapanrundingan terus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd