• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Camry Direman 4 Hari

oleh
01/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANDU Toyota Camry yang menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang hingga melanggar sebuah motosikal, semalam direman selama empat hari. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, lelaki berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini hingga 4 September ini untuk siasatan lanjut. 

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Semalam, Portal My Metro melaporkan kereta Toyota Camry berkenaan menggunakan laluan kecemasan hingga melanggar sebuah motosikal dan mengakibatkan penunggang serta pembonceng motosikal terbabit jatuh. 

Insiden yang dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian itu tular di media sosial semalam. 

Bagaimanapun, pemandu Toyota Camry terbabit ditahan di Balai Polis Gombak selepas menyerah diri ketika membuat laporan berhubung kejadian itu jam 6.51 petang, semalam. – myMetro Online

Tags: langgar lariToyota camry
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd