• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung, Bunuh Kanak-Kanak

oleh
24/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada tertuduh wanita, enam tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhkan hukuman tersebut terhadap R. Saravanan Kumar, 30, and T. Gayathry, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir berkata mahkamah tidak boleh menerima alibi tertuduh pertama, Saravanan Kumar bahawa tertuduh tidak berada di lokasi kejadian memandangkan tidak ada kenyataan bertulis daripada saksi.

Beliau turut mendapati tertuduh kedua, Gayathry yang juga ibu kepada mangsa tidak bertindak seperti sepatutnya seorang ibu, ketika berdepan dengan situasi yang anaknya dibunuh.

“Kamu (tertuduh kedua) telah ditinggal di rumah seorang diri selama empat jam selepas tertuduh pertama membawa mayat mangsa keluar dari rumah tetapi kamu tidak meminta sebarang bantuan dalam tempoh itu,” katanya.

Katanya, Gayathry sanggup mencuci tandas yang berlumuran darah selepas menyaksikan anak kandung sendiri dibunuh.

“Apa yang dilakukan oleh tertuduh kedua adalah tidak munasabah,” katanya.

Pada 13 Oktober 2014, pasangan kekasih itu didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam dekat sini atas kesalahan membunuh S. Kaviarasan yang ketika itu berumur lima tahun.

Pasangan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Keladi, Kulim, Kedah antara pukul 8 pagi pada 20 September dan 4 petang, 27 September 2014.

Mayat Kaviarasan yang dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah, Butterworth ditemukan oleh pihak polis pada 29 Sept, 2014.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yasinnisa Begam Seeni Mohideen manakala tertuduh pertama diwakili peguam V. Parthipan dan tertuduh kedua diwakili Gabriel Susayan. – BERNAMA

Tags: bunuh kanak-kanakgantung sampai mati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Nafi Anggota Dijangkiti Covid-19 Selepas Undi Awal

Next Post

Bukan Warganegara Perlu Bayar Caj Penuh Kuarantin

Related Posts

Israel Bunuh 42 Kanak-kanak Palestin – PBB

Israel Bunuh 42 Kanak-kanak Palestin – PBB

23/06/2023
0

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa tentera Israel membunuh 42 kanak-kanak Palestin pada 2022, kebanyakannya ditembak menggunakan peluru hidup,...

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh Kanak-kanak 4 Tahun

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh Kanak-kanak 4 Tahun

05/01/2023
0

BATU PAHAT – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat...

Next Post

Bukan Warganegara Perlu Bayar Caj Penuh Kuarantin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd