• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamad Pemilihan Vaksin Covid-19 Tahun Depan

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin Covid-19 menjelang awal 2021, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, data daripada beberapa ujian klinikal vaksin Covid-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka dianalisa pada hujung tahun ini.

Menurutnya, kementerian itu juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin Covid-19.

“Kita juga sedang berbincang terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin Covid-19 Vaccine Global Access (Covax).

“Saya telah meminta supaya satu perjanjian dengan negara China dimuktamadkan secepat mungkin berikutan draf perjanjian hampir siap,” katanya selepas melancarkan pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia, hari ini.

Tambahnya, rundingan dengan pihak Covax bagi penyertaan Malaysia di dalam kemudahan tersebut bagi mendapatkan vaksin Covid-19 yang diperlukan, masih berlangsung.

“Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pihak Covax. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal, jadi model perolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yang masih belum lagi wujud,” jelasnya.

Antara syarikat yang telah memulakan ujian klinikal terakhir vaksin Covid-19 termasuk Moderna, Pfizer and BioNTech, AstraZeneca, University of Oxford dan Johnson & Johnson. – BERNAMA

Tags: vaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hajiji Sah KM Sabah, Bung Moktar Timbalan

Next Post

Laporan Pasukan Khas Tangani Isu Felda Siap

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Laporan Pasukan Khas Tangani Isu Felda Siap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd