• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Masih Kritikal

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur dalam kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dua hari lepas, masih dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini menerima rawatan  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur dan dalam pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Keadaannya masih sama seperti semalam, dan saya dimaklumkan oleh pasukan perubatan di sana, dia masih dalam keadaan kritikal.. kami juga akan dapatkan perkembangan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kereta Peronda (MPV) Honda Civic 1.8s Kontinjen Polis Pulau Pinang, yang menyaksikan pasukan kontinjen itu menerima 26 buah Honda Civic 1.8s untuk MPV dan tujuh lori Hino untuk pelbagai guna, di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas tiga wanita, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal, selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah, dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta itu, dengan cermin tingkap tertutup.

Mengulas lanjut, Sahabudin berkata tiada sesiapa yang berada di kawasan parkir stesen minyak itu mengesyaki sesuatu terjadi kepada empat sahabat berkenaan kerana mereka dilihat sedang berehat sahaja dalam kenderaan semasa kejadian. – BERNAMA

Tags: karbon monoksidakeracunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Body Shaming’ Halal, Avatar Berdosa?

Next Post

Lebih Banyak Bantuan Jika Kerajaan Sabah Sehaluan

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Bocor Boleh Berlaku Pada Kereta Baru

22/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Tanggapan umum kebocoran gas karbon monoksida hanya boleh berlaku pada kenderaan lama tidak benar kerana ia juga...

Next Post

Lebih Banyak Bantuan Jika Kerajaan Sabah Sehaluan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd