• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan ‘Setan Kembar’ Di Pulau Ketam

oleh
04/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Penduduk Pulau Ketam, kampung nelayan, dekat sini, bimbang apabila kampung mereka dijadikan pusat transit penyeludupan daun ketum, sebelum dibawa ke negara jiran.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Non, 58, berkata beliau bukan hanya bimbang soal keselamatan diri dan keluarga, tetapi turut risau dengan masa depan remaja di pulau berkenaan yang bekerja dengan sindiket penyeludupan daun ketum.

“Ada dalam kalangan remaja sanggup berhenti sekolah kerana mendapat gaji yang lumayan daripada tauke ketum.

“Biasanya mereka akan mula mengangkut guni berisi daun ketum menggunakan motosikal pada awal pagi dan tengah malam, dari jeti haram ke rumah kosong yang menjadi tempat transit, sebelum diseludup ke negara jiran sama ada menerusi jalan darat atau laut,” katanya baru-baru ini.

Pak Non berkata, penduduk kampung menyuarakan rasa tidak senang kerana ada penduduk pulau itu yang menjadi tauke ketum, memerah tenaga anak muda untuk memperolehi kekayaan dengan jalan mudah.

“Tauke ketum yang paling besar di pulau ini, orang kampung gelar dia dengan panggilan ‘setan kembar’. Walaupun kami tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang, kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat dari jauh.

“Saya harap pihak polis dapat mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan masa depan remaja di pulau ini,” katanya.

Turut meluahkan kerisauan, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 40, berkata ekoran wujudnya kegiatan jenayah itu, beliau berasa takut dan tidak selamat setiap kali suaminya yang juga nelayan, turun ke laut untuk menangkap ikan.

Katanya, beliau pernah berjaga sepanjang malam dan meletakkan parang di sebelah tempat tidur kerana risau perkara buruk menimpa keluarganya.

“Kadang-kadang saya tidak dapat tidur malam selepas mendengar bunyi motosikal penyeludup mengangkut daun ketum dari jeti haram berhampiran.

“Tambahan pula, ketika suami tiada di rumah dan saya risau keselamatan anak-anak saya yang masih kecil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata pihaknya akan mengambil tindakan bagi membanteras penyeludupan ketum dari semasa ke semasa dan tidak akan membiarkan penyeludup terus bebas melakukan kegiatan berkenaan.

“Ada penduduk memberitahu saya bahawa beberapa jeti haram di Pulau Ketam dijadikan tempat pendaratan penyeludupan daun ketum, sebelum ia dibawa ke luar atau masuk ke pulau ini,” katanya.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan aktiviti itu termasuk ‘setan kembar’, dan akan mengambll tindakan dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan jumlah rampasan daun ketum di Perlis tahun ini mencatatkan peningkatan 60 peratus, iaitu sebanyak 98,250.10 kilogram daun ketum, dianggarkan bernilai RM3.93 juta dirampas bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai. – BERNAMA

Tags: Daun KetumPulau Ketam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Goldman Sachs Bebas Tuduhan Urus Niaga Bon 1MDB

Next Post

Inkues Nora Anne: Sebanyak 29 Premis Diperiksa – Saksi

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

Next Post

Inkues Nora Anne: Sebanyak 29 Premis Diperiksa - Saksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd