• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karbon Monoksida Bocor Boleh Berlaku Pada Kereta Baru

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanggapan umum kebocoran gas karbon monoksida hanya boleh berlaku pada kenderaan lama tidak benar kerana ia juga boleh berlaku pada kenderaan baru, kata Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh).

Naib Pengerusinya, T Mohan berkata, syor segelintir pihak untuk menurunkan cermin kereta dapat mengelak keracunan karbon monoksida juga tidak tepat.

“Enjin kenderaan dihidupkan dalam jangka panjang tanpa disedari kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

“Kebocoran gas itu dapat dikesan dengan tanda awal seperti perubahan suhu dalam kabin dan rasa loya. Jika ada tanda-tanda ini, tingkap perlu dibuka dengan segera, selain penyaman udara dan enjin juga perlu dimatikan segera,” katanya dalam kenyataan semalam.

Walau apapun, beliau berkata, pemandu diingatkan tidak tidur dalam kenderaan dengan enjin masih hidup kerana ia boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida.

Mohan turut mengingatkan pemandu yang mengantuk supaya berhenti dan berehat di luar kenderaan atau di tempat sesuai dengan kitaran udara baik, selamat serta segar tanpa membahayakan diri.

Katanya, pengguna kenderaan juga perlu memastikan penyaman udara kenderaan diselenggara sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Minggu lalu, 3 daripada 4 sahabat yang berehat di dalam sebuah kenderaan dengan enjin masih hidup di Butterworth, Rabu lalu maut selepas terhidu karbon monoksida. Seorang masih dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Mengulas kemalangan melibatkan orang awam di tapak pembinaan baru-baru ini, Mohan berkata, Niosh menasihatkan pemaju, kontraktor utama dan subkontraktor mana-mana tapak pembinaan menyemak semula aspek keselamatan.

Sabtu lalu, seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa sekeping konkrit berukuran 1m persegi yang jatuh daripada struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Terminal Bersepadu Selatan. – BERNAMA

Tags: gas bocorkarbon monoksida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

21/07/2024
1

Chukai : Seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat dalam kejadian kebocoran gas di kawasan Perindustrian Kerteh di sini petang...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd