• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamzah Dakwa Ada Cubaan Sogok Polis Tutup Isu Tanduo

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon dari sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan  seorang calon parti itu mempersenda insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu. 

Beliau juga mendakwa sogokan itu adalah bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu. 

“Saya sudah minta anggota kita buat laporan ada cubaan rasuah, semalam cuba nak bagi (rasuah) dan sudah ada laporan SPRM.

“Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa…calon sebegini langsung tidak layak. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya sayang anggota saya (polis),” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan tentang adakah cubaan itu melibatkan anggota polis di Lahad Datu atau jumlah sogokan yang cuba diberi. 

Baru-baru ini, satu klip video tular di laman media sosial memaparkan calon Warisan DUN Segama iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mempersendakan pasukan keselamatan ketika berkempen sehingga mencetuskan kemarahan semua pihak. – BERNAMA

Tags: polisPRN Sabahsogok pengundiwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd