• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Akan Didakwa Atas 2 Tuduhan Salah Guna Harta

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, akan menghadapi dua pertuduhan baharu berkaitan penyalahgunaan harta, di Mahkamah Sesyen Butterworth, Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, pada sebutan kes rasuah Guan Eng yang juga merupakan bekas ketua menteri Pulau Pinang, yang didakwa meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

“Pihak pendakwaan telah menyerahkan notis kepada tertuduh pagi ini, untuk memaklumkan mengenai dua pertuduhan ke atasnya mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu,” katanya semasa sebutan semula kes rasuah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Wan Shaharuddin berkata, pertuduhan yang akan dihadapi Guan Eng Jumaat ini, merupakan pertuduhan terakhir bagi kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian, sejak beberapa tahun lalu.

Seksyen 403 KK, berkaitan kesalahan penyalahgunaan harta untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan individu lain melupuskan sebarang harta, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, 60, mengesahkan, anak guamnya telah menerima notis tersebut, bagaimanapun berkata pihaknya masih belum melihat dua pertuduhan baharu itu.

Pada 7 Ogos, Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Pada 10 Ogos lepas, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta, sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 billion.

Zarul merupakan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Pada 11 Ogos pula, Guan Eng sekali lagi didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), untuk rasuah wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Guan Eng mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahLim Guan Engterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd