• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Caj 20 Sen Pembelian Dalam Talian Bawah RM1,000

oleh
08/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian, kata timbalan menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

“Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Merdeka@Komuniti Peringkat Kelantan di Pengkalan Petah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zahidi berkata cadangan setiap pembelian bawah RM1,000 menerusi platform e-dagang antaranya Lazada dan Shopee akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen. – BERNAMA

Tags: caj perkhidmatane-dagangLazadaShopee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuduhan Berniat Jahat, DAP Cuba Raih Politik Murahan

Next Post

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

Related Posts

KKM Nafi Caj Perkhidmatan Klinik Kesihatan RM1 Dinaikkan

KKM Nafi Caj Perkhidmatan Klinik Kesihatan RM1 Dinaikkan

25/09/2023
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan. Menerusi hantaran...

Tentera Thailand Boikot Lazada

10/05/2022
0

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand melarang unitnya memesan produk melalui platform dalam talian Lazada selain turut menyekat penyedia perkhidmatan itu menghantar...

Next Post

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd